Bila tiba masa akhir bulan nak bayar gaji, sewa, elektrik dan belanja-belanja lain, rasa nak menangis bila duit tak cukup?
Sampai gaji sendiri pun tak ada.
Penat cari barang lagi, masak lagi, layan customer lagi, jaga pekerja lagi, kerja dari pagi sampai malam, tapi diri sendiri tak dapat nak nikmati hasil.
Sedangkan jualan bagi korang memuaskan.
Dah tak confident, duit untung tu betul ke ada? Sayang lah, dah bina bisnes bertahun, takkan nak biar tutup pulak?
Saya faham. Saya dah nampak ramai peniaga yang ‘terkorban’ bukan sebab masakan tak sedap, tapi sebab mereka lemas dalam angka yang mereka tak nampak.
Ya! Saya dah sediakan sistem untuk membantu korang.
Korang tak perlu jadi pakar akaun, dan korang tak perlu berhenti memasak. Korang cuma perlu ada satu sistem yang boleh pastikan setiap sen modal korang tu terpelihara.
Biar sistem yang pening mengira, korang fokus buat masakan yang paling sedap untuk dunia.
Bebanan kira mengira korang, biar Sistem Pengiraan Kos & Untung Rugi Produk Makanan ini uruskan. Ia bukan sekadar fail Excel biasa, tapi ia adalah ‘otak’ tambahan untuk bisnes korang.
Korang cuma masukkan maklumat yang diminta… boom! Sistem terus kira sampai ke 1 digit terakhir. Tak sampai 5 minit pun!
Sistem ini sebenarnya adalah Gabungan 5 Template Berkuasa yang saling melengkapi untuk memastikan setiap sen modal korang tak tercicir.
TEMPLATE – TEMPLATE INI SEUMPAMA KREN UNTUK MENGANGKAT BALIK BISNES KORANG YANG TERGELINCIR DARI LANDASAN.
Dengan template ni korang boleh BANGKIT BALIK untuk pastikan bisnes korang terus survive!
Template #1 – Kira Kos Ikut Cara Chef Hotel – Tapi Versi 10x Lebih Laju!
Saya dah naik taraf sistem pengiraan dalam template ni. Hasilnya? Kiraan kos yang lebih ‘lean’, ringkas, dan tepat. Pesaing korang mungkin masih main ‘agak-agak’, tapi korang dah pegang sistem pengiraan kos ni yang buat Chef pun cemburu!
Template #2 – ✅ Strategi Harga Pro: Bukan Sekadar Jual, Tapi ‘Menang’ Margin!
Saya dah masukkan Formula Margin Rahsia dalam template ni. Masukkan harga, pilih berapa % untung korang nak, dan biarkan sistem ni ‘cadangkan’ untung yang paling selamat untuk bisnes korang survive. Tak perlu lagi pening tengok harga kedai sebelah, sebab korang dah ada strategi sendiri!
Template #3 – Berhenti Jadi ‘Kaunter Tukar Duit’—Nampak Terus Bila Korang Boleh Mula Untung Bersih!
Pernah tak korang rasa penat gila menjual, tapi tak tahu sebenarnya berapa banyak bungkus nasi lagi korang kena jual untuk ‘lepas’ modal bulan ni?
Dengan Dashboard Balik Modal ni, semuanya jadi terang-benderang. Masukkan kos tetap korang, dan sistem akan terus ‘tunjuk’ angka ajaib: Jual X unit, korang dah selamat.
Selebihnya? Itulah untung bersih yang korang boleh simpan dengan senyum!
Template #4 – ✅ Sale Lebat, Tapi Kenapa Duit Tak Lekat? — Rahsia Diskaun Yang Tak ‘Makan’ Modal Sendiri.
Ramai peniaga ‘syok sendiri’ tengok orang beratur panjang masa promo, tapi bila kira balik… modal pun tak lepas! Template ke-3 ni adalah ‘penyelamat’ korang. Ia akan kirakan Had Maksimum Diskaun yang korang boleh bagi tanpa sentuh duit pusingan modal. Lepas ni, nak buat jualan murah pun hati berbunga, sebab untung tetap berkunci rapat!
Template #5 – ✅ Setel Masalah Kira Manual—Dapatkan Senarai Belanja ‘Auto-Pilot’ Ikut Target Korang!
Lupakan kalkulator dan kertas conteng yang berselerak. Saya dah buatkan sistem yang ‘Convert’ Target Jualan kepada Senarai Belanja. Korang nak masak untuk 100 orang? Masukkan angka tu, dan sistem akan tunjukkan semua keperluan bahan mentah serta-merta. Korang bukan saja jimat duit dari beli berlebihan, tapi korang jimat masa yang sangat berharga. Masa tu kan emas!
Siapa Saya & Kenapa Saya Nak Sangat Tolong Korang?
Saya bukan sekadar ‘orang IT’ yang buat template. Saya adalah kawan yang dah letih tengok ramai peniaga makanan yang masaknya sedap nak mati, tapi bisnesnya ‘mati’ sebab buta angka.
Nama saya Hazim. Saya dah bangunkan pelbagai sistem pengiraan kos dan solusi bisnes digital untuk bantu usahawan kecil bangun semula.
Saya cipta sistem ni sebab saya tahu, korang bukan malas mengira. Korang cuma tak ada masa. Korang patut berada di dapur, bukannya termenung depan kalkulator sampai pukul 2 pagi.
Misi saya satu je: Saya nak tengok korang Bangkit Balik. Saya nak tengok korang pegang untung bersih yang korang layak dapat, hasil dari titik peluh korang sendiri.
7 bintang untuk template ni!
Template yang sangat-sangat membantu usahawan!
Korang tak dibiarkan sorang-sorang isi template tanpa panduan.

Dengan pembelian template ini, korang bukan saja dapat sistem yang lengkap, tapi juga direct support melalui WhatsApp dan video panduan langkah demi langkah. Jadi kalau korang blur atau tak faham, korang terus boleh rujuk saya.
Tak pandai guna Excel, boleh ke?
Tak perlu pro. Kalau korang tahu taip nama barang dan tekan ‘Enter’, sistem ni akan buat selebihnya untuk korang.
Boleh guna kat Phone tak?
Boleh! Buka guna Excel Apps atau Google Sheets pun tak ada masalah. Boleh check kos sambil berdiri depan rak pasaraya.
Korang Bukan Sekadar Dapat Sistem, Saya Bagi Sekali Strategi Magnet Pelanggan!
Saya tak nak bagi korang ‘kereta’ tanpa kunci.
Lepas korang dah mahir kawal kos dengan 5 Template Kebangkitan, korang perlukan PELANGGAN yang repeat makan masakan korang, ulang beli lagi dan lagi.
Sebab tu, kalau korang dapatkan Template hari ni, saya nak hadiahkan E-book Strategi Magnet Pelanggan (Bernilai RM49) ni secara PERCUMA.
Bayar sekali & guna seumur hidup.
Nota :
1. Ini adalah produk digital dalam .xlsx (MsExcel worksheet) dan .pdf. Anda akan dapat melalui emel selepas pembelian.
2. PERCUMA payment gateway fee.
3. Pastikan anda masukkan email dan nombor yang aktif dan betul sebelum menghantar borang.
4. Sebarang pertanyaan boleh WhatsApp team K Haz Solutions melalui button di penjuru bawah kanan laman web ini.
Anda boleh membuat bayaran;
Selepas anda membuat pembayaran, template akan diemel kepada anda dalam masa 24 jam, berserta dengan link untuk akses kepada video tutorial dan jemputan menyertai Support Group di Facebook.

Ya, anda boleh save, print dan copy sheet untuk mengira kos pelbagai jenis produk makanan anda di dalam satu fail MsExcel. Malah, anda dinasihatkan untuk mencetak sheet yang telah lengkap diisi untuk setiap produk sebagai rujukan mudah pada bila-bila masa.
Jika anda baru berniaga, anda perlukan template ini. Ia akan membantu anda untuk bermula dengan langkah pertama yang betul dengan mengikuti panduan yang disediakan di dalam template ini. Dengan bantuan template ini, anda akan mempunyai kawalan terhadap pengurusan kos, harga, jualan dan promosi yang mantap dan data yang mencukupi untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat berkaitan urusan peniagaan makanan anda.
Template ini dihasilkan daripada pengalaman pengarang template bertugas di bidang perhotelan dan industri daging. Jadi template ini telah mengambil kira segala faktor yang mungkin tidak anda fikirkan tetapi penting untuk usahawan makanan. Template ini dirangka seringkas dan sepraktikal mungkin, hanya elemen yang penting dan diperlukan sahaja dimasukkan di dalam template untuk memudahkan anda menggunakannya dengan konsep Tidak Terlalu Banyak, Tidak Terlalu Sedikit.
Ya, template ini mudah untuk anda gunakan. Kami menyediakan video tutorial lengkap berdurasi 30 minit untuk membantu anda mengisi template. Jika anda menghadapi kesukaran walaupun selepas merujuk video, anda boleh terus WhatsApp tim teknikal kami untuk bantuan segera.
Template ini dibuat untuk membantu anda yang baru bermula atau bercadang ingin menceburi perniagaan makanan. Nilai sebenar template ini juga adalah ratusan ringgit, tambahan pula ia akan membantu anda mengelakkan kerugian ribuan ringgit tanpa pengurusan kos yang betul. Namun, kami berharap dengan harga rahmah ini, lebih ramai usahawan dapat menggunakan template ini. Kami percaya, apabila bisnes anda berjaya apabila menggunakan template ini, pastinya kami juga akan diberikan kejayaan yang sama oleh Allah s.w.t.
Produk di atas adalah keluaran Original K Haz Solutions.
Hakcipta Terpelihara 2024-2026.