Perubahan hubungan ibu dan anak remaja daripada tegang kepada kembali rapat Sebelum Selepas
Untuk ibu ayah remaja 13–16 tahun

Bila anak susah terima nasihat, cuba cara yang lebih dekat dengan dunia mereka.

Insaf Audio bantu ibu ayah sampaikan nasihat tentang emosi, belajar, keyakinan diri dan penggunaan gajet dengan cara yang lebih mudah anak dengar—tanpa perlu ulang benda yang sama sampai bergaduh.

35 audio MP3Akses seumur hidupBayaran sekali sahaja
Bila anak masuk fasa remaja

Dulu semua benda anak cerita pada kita. Sekarang kita nak bertanya khabar pun rasa serba salah.

01

Emosi anak cepat berubah

Sekejap okay, sekejap diam. Ibu ayah jadi serba salah nak mula bertanya.

02

Tekanan daripada kawan

Apa yang kawan fikir mula rasa lebih penting daripada apa yang ibu ayah cuba sampaikan.

03

Susah nak fokus

Telefon, game dan media sosial sentiasa mencuri perhatian daripada hal sekolah dan tanggungjawab harian.

Kenapa nasihat panjang susah masuk

Bukan anak sengaja buat tak dengar. Perhatian mereka memang mudah teralih.

Remaja hari ini membesar dengan notifikasi, video pendek dan banyak perkara yang berebut perhatian. Bila nasihat terlalu panjang atau datang ketika emosi sedang tinggi, anak mudah hilang fokus dan masuk “mode bertahan”.

01

Perhatian cepat bertukar

Tabiat melihat telefon berulang kali boleh memecahkan tumpuan. Sebab itu mesej yang pendek dan jelas lebih mudah diberi perhatian.

02

Bukan sebab tak sayang

Anak sentiasa perlukan nasihat kita. Cuma bila cara penyampaian terasa panjang atau menekan, dia lebih cepat mengasingkan diri.

03

Cara kita boleh disesuaikan

Insaf Audio bantu sampaikan mesej yang sama dalam bentuk lebih ringkas, santai dan dekat dengan rutin anak.

Kajian mendapati gangguan media sosial dan tabiat melihat telefon dengan kerap berkait dengan perhatian yang mudah terpecah. Kesannya tidak sama bagi setiap remaja.

Remaja lelaki mendengar Insaf Audio sambil berehat daripada belajar
Bukan ceramah panjang. Audio ringkas yang anak boleh dengar bila dia bersedia.
Beri anak ruang, bukan tekanan

Kita tak boleh kawal apa yang anak nak dengar. Tapi kita boleh tambah satu lagi suara yang baik dalam kehidupan anak.

Insaf Audio gunakan bahasa yang lebih santai dan dekat dengan remaja. Bukan untuk ganti peranan ibu ayah, tapi untuk bantu sampaikan mesej yang sama dengan cara yang berbeza.

1

Pilih audio ikut situasi

Ada audio khusus untuk fokus belajar, ketika anak rasa gagal, tentang penggunaan telefon, nak bangkitkan keberanian atau jaga hubungan dengan ibu bapa.

2

Pasang waktu anak tenang

Boleh pasang audio melalui telefon atau ketika dalam kereta. Tak perlu paksa anak untuk mendengar audio dan tak perlu tunggu sampai bergaduh baru nak pasang.

3

Jadikan topik sembang

Tanya bahagian audio mana yang paling kena dengan dia. Kadang-kadang satu soalan ringkas dah cukup untuk anak kita mula bercerita.

Dengar dulu

Ini gaya audio yang anak akan dengar.

Cuba sampel di bawah. Ibu ayah boleh dengar sendiri cara mesej dan muzik disampaikan sebelum buat keputusan.

Aku Yang Baru
Mulakan semula • 03:04
30 trek lagu, 5 trek doa

Lain masalah, lain audio yang anak boleh dengar.

Ada untuk anak yang rasa rendah diri, takut Matematik, susah kawal telefon atau perlukan semangat untuk cuba lagi.

02:52
Aku Akan Hadap

Bakar keberanian anak untuk bangkit semula dan sedar kegagalan hari ini bukan penamat.

04:04
Aku Belum Habis

Bantu anak siapkan tugasan hingga selesai tanpa terus bertangguh.

02:04
Aku Lebih Bijak

Ajak anak kuasai telefon pintar, bukan biarkan diri dikuasai skrin.

03:14
Korang Naik Sikit-Sikit

Ingatkan anak yang markah rendah hari ini ialah titik permulaan, bukan penamat.

03:17
Aku Bos Minda

Latih anak mengawal fikiran dan menolak bisikan malas serta godaan negatif.

01:54
Aku Jaga Aku

Bina kesedaran untuk menjaga kesihatan fizikal dan emosi ketika sibuk belajar.

01:54
Aku Raja Buku

Bantu anak rasa lebih dekat dengan buku dan ulang kaji.

01:49
Aku Raja Strategi

Ajar anak mengurus cabaran dengan strategi yang lebih bijak.

03:01
Aku Rehat Dulu

Bantu anak rehat dengan betul apabila penat atau burnout supaya dia kembali segar.

01:38
Aku Tak Lemah

Bina mental yang lebih kuat supaya kesilapan jadi batu loncatan, bukan alasan mengalah.

03:22
Aku Tak Sesat

Ingatkan anak bahawa ilmu agama ialah panduan hidup, bukan sekadar subjek peperiksaan.

02:31
Aku Takkan Kalah

Kuatkan benteng diri apabila media sosial dan peranti mula mengambil alih perhatian.

03:58
Aku Tawakkal

Tenangkan jiwa yang resah dengan meletakkan pergantungan kepada Allah.

03:04
Aku Yang Baru

Ajak anak tinggalkan tabiat malas dan mula melangkah sebagai diri yang baharu.

02:53
Langkah Aku Padu

Suntik keyakinan dan tenangkan rasa gemuruh sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

02:37
Manifesto Aku

Bantu anak belajar ikhlas dan menyerahkan usaha serta hasil kepada ketetapan Allah.

03:07
Otak Aku Sama

Buang rasa takut pada Matematik dan tanam keyakinan bahawa dia juga boleh faham.

04:33
Pentas Aku

Bina impian dan cita-cita besar untuk anak terus melangkah ke menara gading.

02:02
Permata Aku

Sentuh hati anak untuk menghormati dan menghargai pengorbanan ibu bapa serta guru.

01:46
Suara Aku Berani

Ajak anak berani bertanya, berkomunikasi dan tampil yakin di depan orang.

02:53
Zon Fokus Aku

Bantu anak masuk mode belajar dan kurangkan gangguan sekeliling ketika membaca.

02:14
Korang Bos Game

Ajak anak menguasai permainan video, bukan menjadi hamba kepada skrin dan masa.

02:57
Korang Buat Lagi & Lagi

Jadikan latihan Matematik satu proses yang lebih mengujakan dan memuaskan.

03:07
Korang Gali & Gali

Tanam mentaliti detektif bahawa setiap soalan sukar ada jawapan yang boleh ditemui.

03:14
Korang Ingat Dua Insan

Ingatkan anak tentang pengorbanan, usaha dan doa yang tak pernah putus daripada ibu ayah.

02:33
Korang Pelan-Pelan

Tanam kefahaman bahawa kejayaan besar dibina secara konsisten, langkah demi langkah.

02:34
Korang Tanya Terus

Buang rasa segan dan takut untuk bertanya kepada guru tentang perkara yang belum difahami.

01:52
Korang Tarik Mood

Latih anak mengawal emosi dan mood belajar tanpa mengikut rasa malas atau bosan.

01:56
Korang Terus Pulun

Nyalakan semangat untuk buat sekarang dan kurangkan tabiat suka bertangguh.

03:43
Korang Teruskan Lawan

Ingatkan anak tentang impian besar yang menanti di sebalik usaha dan kesukaran hari ini.

Doa
Doa Pintu Kefahaman

Doa untuk memohon kefahaman dan memudahkan anak menerima ilmu.

Doa
Doa Hilangkan Kemalasan

Doa untuk memohon perlindungan daripada rasa malas dan lemah semangat.

Doa
Doa Pemecah Kebuntuan

Doa untuk meminta jalan keluar apabila anak rasa buntu atau sukar memahami pelajaran.

Doa
Doa Kesyukuran Ilmu

Doa untuk mensyukuri ilmu dan manfaat yang Allah kurniakan.

Doa
Doa Mengunci Ilmu

Doa agar ilmu yang dipelajari terus terpelihara dan mudah diingati.

Yang anak dapat

Bukan audio sahaja. Ada bahan yang boleh digunakan semula bila anak perlukan dorongan.

Satu akses merangkumi koleksi audio dan bahan digital untuk membantu anak kekal fokus, buat nota dan ingat semula mesej yang baik.

Mockup pakej Insaf Audio dengan fon telinga tanpa wayar
Pakej utama

35 audio motivasi dan doa

30 trek lagu dan 5 trek doa untuk emosi, fokus belajar, keyakinan diri dan hubungan dengan ibu bapa.

Bonus digital

Dua bonus untuk bantu anak kekalkan semangat.

Boleh digunakan bersama audio—satu untuk mencatat, satu lagi untuk anak selak dan baca bila dia perlukan peringatan.

Contoh e-notepad dengan mutiara kata motivasi untuk pelajar
Bonus #1

E-Notepad dengan Mutiara Kata Motivasi

260 e-notepad printable merangkumi 13 subjek, dengan kata-kata ringkas yang boleh menemani anak ketika belajar.

Bonus #2

Flipbook motivasi

Anak boleh selak sendiri dan baca mesej ringkas pada bila-bila masa. Tekan pada bucu halaman atau gunakan anak panah untuk melihat kandungan.

Cara guna yang mudah

Mulakan dengan 10 minit, tak perlu lagi sesi berleter.

01

Pilih satu tema

Tengok apa yang anak sedang lalui minggu ini. Mulakan dengan satu isu dulu.

02

Pilih waktu yang tenang

Pasang dalam kereta, sebelum tidur atau waktu rehat—bukan semasa masing-masing tengah marah.

03

Tanya dan dengar

“Bahagian mana paling kena dengan awak?” Dengar dulu jawapan anak tanpa cepat-cepat membetulkan.

Kenapa ibu ayah pilih Insaf Audio

Bukan sebab ibu ayah gagal. Kadang-kadang kita cuma perlukan satu lagi ikhtiar untuk sampaikan mesej kepada anak.

01

Kurang stres ulang benda yang sama

Tak perlu bertukar jadi “singa” atau ulang nasihat sepuluh kali sehari. Pilih audio yang sesuai dan beri anak masa untuk hadam.

02

Mental terasa lebih ringan

Selepas seharian bekerja, ibu ayah masih ada satu cara yang mudah untuk beri dorongan tanpa perlu mulakan ceramah panjang.

03

Ada ruang untuk rapat semula

Audio boleh jadi pembuka topik. Bila suasana lebih tenang, lebih mudah untuk anak berkongsi apa yang sedang dia fikir dan rasa.

Insaf Audio sesuai untuk ibu ayah yang...

  • Selalu keletihan dengan tugas harian dan tak suka habiskan tenaga bagi nasihat panjang.
  • Dah mencuba macam-macam cara, tetapi anak masih susah menerima teguran.
  • Masih yakin dengan potensi anak walaupun sekarang dia nampak sedang bergelut.
“
Anak saya lepas dengar Insaf Audio yang menampakkan bayangan suasana dia grad, terus semangat study untuk SPM dia.
Hazim Abha — perkongsian pelanggan

Anda dah bersedia untuk bantu anak maju melalui Insaf Audio?

Semua dalam satu akses

Beri anak sesuatu yang dia boleh dengar semula bila perlukan semangat.

Tak ada bayaran bulanan. Bayar sekali dan dengar semua audio melalui Channel Telegram khas.

30 audio motivasiRM175
260 e-notepad motivasiRM29
30 e-poster cegah ketagihan gajetRM39
Jumlah nilaiRM243
Soalan lazim

Perkara yang ibu ayah selalu tanya.

Audio ini sesuai untuk semua remaja ke?

Audio ini dibuat untuk remaja sekitar 13–16 tahun, tapi setiap anak ada minat dan keperluan yang berbeza. Cuba sampel dulu dan pilih audio yang paling kena dengan anak. Ia bukan rawatan perubatan atau pengganti bantuan profesional.

Perlu paksa anak dengar setiap hari?

Tak perlu. Mulakan dengan santai waktu anak tenang dan bagi dia pilih audio. Tujuannya nak buka ruang untuk berbual, bukan tambah tekanan.

Saya tiada Telegram. Boleh dengar di WhatsApp?

Semua 35 audio disimpan dalam Channel Telegram khas untuk akses yang lebih tersusun. Panduan memuat turun dan menggunakan Telegram akan diberikan selepas pembelian.

Bila saya dapat akses selepas bayar?

Lepas bayar, anda akan terima pautan untuk masuk ke Channel Telegram VIP Insaf Audio. Akses akan dibuka selepas bayaran disahkan.

Boleh dengar guna telefon dan dalam kereta?

Boleh. Semua audio dalam format MP3, jadi mudah dimainkan melalui telefon atau sambungan audio kereta.

Tak perlu tunggu sampai setiap kali nasihat, anak terus masuk bilik.

Cuba satu audio dulu. Lepas tu, mulakan satu sesi sembang yang tenang dengan anak.

Saya nak akses pada harga RM39