Anda Buat Bisnes Makanan?
Anda rasa anda dah nak kena kira betul-betul kos makanan sebelum letak harga?
Sebagai penyelesaian kepada masalah jualan anda yang banyak tapi,
anda tak nampak duitnya, dan tak lepas nak bayar pelbagai kos operasi di hujung bulan?
Template ini memudahkan anda mendapatkan kos makanan yang tepat, cepat, tanpa kesilapan, dengan fungsi pengiraan auto.
Bila anda dah guna template ini untuk satu produk anda, anda akan terasa “Nak guna jugaklah untuk semua produk!”
Sebab best guna.
Anda masukkan maklumat yang diperlukan, template ini kirakan untuk anda kos Bahan Mentah seunit/seorang makan, yang tepat hingga 1 sen yang terdekat.
Kemudian anda boleh letakkan harga yang dijamin menguntungkan.
Sebab untung rugi harga dah sahih, berdasarkan kos sebenar bahan mentah produk anda.
Anda letakkan harga, Template ini kirakan Peratus (%) Mark-up dan Untung Rugi seunit/seorang makan untuk produk anda, seperti di bawah;
Harga barang naik?
Anda edit harga dia dan terus dapat tengok kesan kepada keuntungan produk anda.
Mudah anda nak buat keputusan – nak naikkan harga makanan atau kekalkan?
Kos dah tepat, harga pun dah dijamin untung.
Satu lagi perkara penting yang perlu dicapai untuk anda dapatkan untung bersih, iaitu Sasaran jualan.
Anda masukkan butiran yang diperlukan, template ini akan kirakan untuk anda Sasaran Jualan untuk sehari/seminggu/sebulan seperti di bawah;
Jika anda jual mengikut yang template cadangkan,
kos operasi dan kos overhead di hujung bulan boleh dibayar dan anda capai sasaran untung bersih harga produk anda.
Nak kejar sasaran jualan, kena buat promosi diskaun!
Tapi pernah tak anda nak buat promosi diskaun untuk pelanggan, tapi tak jadi buat?
Sebab takut makan modal anda, takut rugi?
Contoh : Kalau bagi diskaun 10% atau kalau potong harga RM1, untung lagi?
Selepas ni anda boleh buat promosi diskaun tanpa was-was.
Template ini kirakan untuk anda untung rugi bila anda bagi diskaun produk.
Ada 5 jenis promosi diskaun saya dah set dalam template ni.
Dengan unjuran ni, anda boleh plan betul-betul program promosi diskaun untuk tarik lebih ramai pembeli.
Pernah tak anda terfikir yang dalam beberapa saat sahaja,
anda boleh dapatkan kuantiti bahan mentah yang diperlukan mengikut jumlah produk yang nak dikeluarkan?
Contoh; Anda nak keluarkan 1000 unit produk, berapa banyak barang nak kena beli?
Template ini kirakan untuk anda Kuantiti dan Nilai Bahan Mentah yang perlu anda beli untuk sejumlah produk tersebut, sepantas kilat.
Anda cuma masukkan butiran berapa kuantiti produk yang anda nak keluarkan.
Jadi anda dah senang nak buat persediaan duit yang nak pakai dan kurang risiko anda terlebih beli stok sehingga membazir dan duit tersangkut di stok.
Bimbang tak tahu cara nak isi template?
Video Panduan Mengisi & Menggunakan Template Disediakan (25 minit).
Live Support Disediakan
Tahniah kepada para pengguna template yang telah berjaya selesaikan masalah kira mengira yang membelenggu selama ini.
Harga sah Dis 2024 – Jun 2025.
BONUS 4 E-BOOK UNTUK SETIAP PEMBELIAN!
Anda juga akan dapat PERCUMA template untuk rekod-rekod berikut. Memudahkan anda memantau perjalanan bisnes anda.
REKOD JUALAN HARIAN
REKOD PERBELANJAAN HARIAN BAHAN MENTAH
REKOD PENERIMAAN TUNAI HARIAN
REKOD PERUBAHAN HARGA BAHAN MENTAH
Anda boleh membuat bayaran;
Selepas anda membuat pembayaran, template akan diemel kepada anda dalam masa 24 jam, berserta dengan link untuk akses kepada video tutorial dan jemputan menyertai Support Group di Facebook.
Ya, anda boleh save, print dan copy sheet untuk mengira kos pelbagai jenis produk makanan anda di dalam satu fail MsExcel. Malah, anda dinasihatkan untuk mencetak sheet yang telah lengkap diisi untuk setiap produk sebagai rujukan mudah pada bila-bila masa.
Jika anda baru berniaga, anda perlukan template ini. Ia akan membantu anda untuk bermula dengan langkah pertama yang betul dengan mengikuti panduan yang disediakan di dalam template ini. Dengan bantuan template ini, anda akan mempunyai kawalan terhadap pengurusan kos, harga, jualan dan promosi yang mantap dan data yang mencukupi untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat berkaitan urusan peniagaan makanan anda.
Template ini dihasilkan daripada pengalaman pengarang template bertugas di bidang perhotelan dan industri daging. Jadi template ini telah mengambil kira segala faktor yang mungkin tidak anda fikirkan tetapi penting untuk usahawan makanan. Template ini dirangka seringkas dan sepraktikal mungkin, hanya elemen yang penting dan diperlukan sahaja dimasukkan di dalam template untuk memudahkan anda menggunakannya dengan konsep Tidak Terlalu Banyak, Tidak Terlalu Sedikit.
Ya, template ini mudah untuk anda gunakan. Kami menyediakan video tutorial lengkap berdurasi 30 minit untuk membantu anda mengisi template. Jika anda menghadapi kesukaran walaupun selepas merujuk video, anda boleh terus WhatsApp tim teknikal kami untuk bantuan segera.
Template ini dibuat untuk membantu anda yang baru bermula atau bercadang ingin menceburi perniagaan makanan. Nilai sebenar template ini juga adalah ratusan ringgit, tambahan pula ia akan membantu anda mengelakkan kerugian ribuan ringgit tanpa pengurusan kos yang betul. Namun, kami berharap dengan harga rahmah ini, lebih ramai usahawan dapat menggunakan template ini. Kami percaya, apabila bisnes anda berjaya apabila menggunakan template ini, pastinya kami juga akan diberikan kejayaan yang sama oleh Allah s.w.t.
EDITOR TEMPLATE
Produk di atas adalah keluaran Original K Haz Solutions.
Hakcipta Terpelihara 2024.